a)
Labah-labah
1. Allah menjelaskan penciptaan labah-labah
dalam al-Quran. Labah-labah mampu menangkap mangsanya yang sedang terbang
tinggi dari jarak setengah meter lebih.
2. Teknik yang digunakan oleh labah-labah
adalah menggunakan daya tekan hidrolik yang terdapat pada 8 kakinya.
3. Pada akhir penyerangan, labah-labah
menyerang ke arah mangsanya dan memakan dengan taringnya.
4. Secara alaminya, labah-labah ini tidak
terfikir bahawa mata-mata tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia
kemudian menggunakan kemudahannya tersebut dengan secara keseluruhan.
b) Lebah
1. Allah menjelaskan dalam al-Quran dalam surah an-Nahl ayat 68 :
Terjemahannya : “Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.” ( Surah An-Nahl : 68 )
2. Lebah madu membuat tempat penyimpanan madu lebah dengan bentuk yang amat baik dan menarik sekali. Para ahli matematik merasa kagum ketika mengetahui perhitungan lebah yang sangat cermat itu dalam mengendalikan tempat penyimpanan makanannya.
3. Lebah adalah seekor binantang yang amat patuh pada perintah Allah apabila Allah menyatakan buatlah sarang di gunung-ganang dan pokok-pokok kayu, maka lebah taat pada perintah Allah.
4. Menggunakan cara yang sangat menarik ketika membuat sarangnya yang mana dimulai dengan membangunkan sel-sel tempat penyimpanan madu dari sudut-sudut yang berbeza seterusnya pada akhirnya mereka akan bertemu di tengah.
5. Madu lebah yang telah dihasilkan tadi sebenarnya banyak kegunaan untuk manusia dalam kehidupan. Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69 iaitu:
Terjemahannya :
“Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.”
c) Fakta mengenai fauna
1. Dalam al-Quran Allah menjelaskan dalam Surah al-An’am ayat 95 :
Terjemahannya :
“Sesungguhnya Allah jualah yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). Ia mengeluarkan yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. Maka bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembah-Nya (oleh benda-benda yang kamu jadikan sekutu-Nya)?”
2. Antara fungsi tumbuh-tumbuhan adalah :
i. Sebagai bahan makanan.
ii. Sebagai hasil pendapatan manusia
iii. Menghalang dari berlakunya hakisan tanah dan banjir
iv. Menyejukkan muka bumi daripada kehangatan matahari.
v. Sebagai bahan makanan bagi haiwan dan manusia seluruhnya
vi. Sebagai punca untuk mengindahkan dan menceriakan alam ini.
vii. Sebagai bahan ubat-ubatan kepada manusia khususnya herba-herba.
viii. Membekalkan gas oksigen kepada hidupan dan menyingkirkan gas karbon
dioksida daripada atmosfera.
2.2.1 Menjelaskan fakta-fakta saintifik dalam al-Hadith
1) Pengertian Al-Hadith / As-Sunnah
i. Segala apa yang datang dari pada Rasulullah SAW selain al-Quran sama ada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahu pun pengakuan Baginda yang boleh dijadikan dalil kepada sesuatu hokum syara’.
- Al-Hadith terbahagi kepada 3 iaitu :-
1) As-Sunnah Qauliyyah (perkataan) – hadith-hadith yang dituturkan sendiri oleh Baginda SAW seperti sabdanya mengenai kejadian Hawa yang bermaksud :
“Sesungguhnya perempuan itu diciptakan dari tulang rusuk Adam”.
2) As-Sunnah Fi’liyyah – perbuatan-perbuatan yang dilakukan oleh Baginda SAW yang dimaksudkan untuk dijadikan kepada hukum. Ini bermaksud, tidak semua perlakuan Baginda itu adalah dianggap sebagai Sunnah. Contohnya adalah mengenai proses solat yang mana sabdanya:
“Sembahyanglah kamu seperti mana kamu lihat aku sembahyang”.
3) As-Sunnah Taqririyyah – suatu persetujuan yang diberikan oleh Baginda SAW. Ini termasuklah diam Baginda apabila melihat atau mendengar sesuatu perbuatan atau percakapan sahabat sama ada di hadapan atau di belakang Baginda akan tetapi perkara itu telah dimaklumkan. Oleh sebab Baginda tidak mengingkari perkara tersebut, maka jelas menunjukkan pengakuan Baginda terhadap perkara tersebut. Sebagai contoh, pengakuan Nabi Muhammad SAW kepada Muaz bin Jabal untuk berijtihad semasa ketiadaan nas daripada al-Quran dan as-Sunnah.
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang kejadian manusia dan proses kejadian manusia dalam al-Hadith
a) Hadith tentang kejadian manusia. Sabda Rasulullah SAW mengenai kejadian manusia adalah sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas’ud r.a katanya : telah menceritakan kepada kami oleh Rasulullah SAW dan ia yang benar lagi dibenarkan (Rasulullah SAW yang benar dan dibenarkan segala tndakannya); sesungguhnya salah seorang kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian jadi segumpal darah seperti yang demikian itu 40 hari, kemudian jadi seketul daging seperti yang demikian itu juga 40 hari, kemudian diutuskan kepadanya malaikat lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis 4 kalimah iaitu rezekinya, umurnya, amalannya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada Tuhan selainnya, sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu iapun mengerjakan dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalamnya; dan sesungguhnya salah seorang kamu mengerjakan dengan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan tulisan lalu ia pun mengerjakan pula dengan amalan ahli syurga, maka masuklah ia ke dalamnya.