1) Peranan al-Quran dalam Sains dan Teknologi
Bil
|
Wahyu Sumber Bidang Sains Teknologi & Kejuruteraan
|
Huraian
|
1
|
Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu
ujikaji
|
Ø Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i.
Ø Mengajak manusia supaya menggunakan akal
fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :-
1) Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah :
17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang kafir masih Mengingkari akhirat)
tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? (17) Dan
keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya?(18) Dan keadaan
gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19) Dan keadaan bumi bagaimana ia
dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah
mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian Ia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang
demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d
: 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan
menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang
mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan:
dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya
semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu)
berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas,
dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
|
2
|
Kitab yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.
|
Ø Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan
rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan
cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø Bukti-bukti ayat-auat al-Quran antaranya :-
1) Firman
Allah dalam Surah Rum ayat 22 :
Maksudnya : “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi, dan
perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)
2) Firman
Allah dalam surah An-Nahl : 11
Maksud ayat :
“Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu
tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga
dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3) Firman
Allah dalam Surah Ibrahim ayat 21-22 :
Maksud ayat :
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan
menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu
buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan
kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintah-Nya
juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya).
Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk
kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi
faedah hidup kamu”.
|
3
|
Menggalakkan pembangunan teknologi.
|
Ø Memberi galakan dalam membina teknologi.
Ø Umat Islam mestilah sentiasa bersedia dengan
teknologi semasa.
Ø Bukti-bukti dalam ayat al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah
al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari
pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan
persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari
mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetahuinya dan apa
sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya
kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi
untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam mana-mana peperangan kamu,
maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3) Firman
Allah dalam surah al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan kepadanya: "Buatlah bahtera
dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang
cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan
mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan
taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis
haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu)
kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka
(disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk
menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan
dengan taufan sehingga mati lemas.”
|
4
|
Panduan dalam penggunaan teknologi
|
Ø Al-Quran memberi garis panduan dan penggunaan teknologi
bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam mestilah berbentuk yang
tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga memusnahkan nilai akhlak
manusia.
1) Ayat al-Quran yang berkaitan adalah
dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah timbul berbagai kerosakan dan
bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh
tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan
mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah
lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.
|
5
|
Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta
dan bukti ke arah kebenaran
|
Ø Menunjukkan kebenaran hakikat sesuatu
kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains, teknologi dan kejuruteraan
Islam.
Ø Membuktikan akan fakta-fakta yang dapat
mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan kejadian.
Ø Dapat mengaitkan sains, teknologi dan
kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Ø Mengenai Teori Ledakan Besar (The Big
Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang tidak
berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti purbakala,
tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata Allah
sendiri.
Ø Bukti-bukti ayat al-Quran antaranya:
1) Firman Allah dalam surah Yaasin ayat
82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia
menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu:
" Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.”
|
No comments:
Post a Comment