HASIL PEMBELAJARAN KURSUS
|
Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai
Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
|
2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut
Islam
Bil
|
Aspek Bahasa
|
Aspek Keilmuan Islam
|
1
|
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada
orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara
rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.
|
Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan
rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang bertulis [وحي متلو] atau yang tidak
bertulis
[ وحي
غير متلو] yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai
Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan
nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada
Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi
keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan
Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur”
(Surah an-Nisa: 163)
|
Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :
“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai
Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan
kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada
orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak
mengetahui”
(Surah
An-Nahl:43)
Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah
menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT
secara langsung.
2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam
Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan
Kejuruteraan Islam.
Definisi Al-Quran :
Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat
kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir
dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000
ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah,
asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas
ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)
Bil
|
Peranan
|
Huraian
|
1
|
Menjelaskan Aqidah Islam
|
- Wahyu Allah SWT diturunkan
bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor
naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.
- Firman Allah SWT yang
bermaksud :
“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah
mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya
(hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah
bagi Allah.
(Surah Al-Ankabut: 19)
|
2
|
Menerangkan Syariat Islam
|
- Wahyu yang diturunkan oleh
Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan
manusia.
- Sebagai penjelas kepada
syariat dan panduan dalam pelaksanaan tersebut.
- Al-Qur’an diturunkan bagi
memastikan syariat difahami oleh manusia dari aspek maksud dan pelaksanaannya
|
3
|
Menghuraikan Akhlak Islam
|
- Wahyu Allah menjelaskan
berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.
- Semua cara kehidupan
manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.
- Antara akhlak yang wajib
dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.
- Lihatlah apa yang berlaku
pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai
amanah dan agama.
- Sebagai contoh, bidang
bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai
kejuruteraan genetik (genetic engineering).
- Teknologi ini mampu
memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang
lain.
- Walau bagaimanapun untuk
berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada
spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan
kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta
penyakit baru yang mampu membunuh manusia.
|
4
|
Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia
|
- Dalam Al-Quran juga
menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.
- Urusan hidup manusia
yang meliputi emosi, rohani, aqli, jasadi dan nafsu hanya mampu diatur
mengikut acuan Allah hanya melalui panduan al-Qur’an
|
5
|
Menegakkan keadilan
|
- Dalam ayat Al-Quran
juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.
- Keadilan ini sangat dituntut
dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.
|
No comments:
Post a Comment