1) Menjelaskan fakta-fakta tentang alam tabi’i
a. Proses kejadian alam tabi’i.
i. Allah
telah menjelaskan kepada umat manusia mengenai perkara-perkara yang tidak dapat
difikirkan oleh manusia melalui wahyu.
ii. Istilah-istilah
yang sering diguna pakai untuk alam tabi’i adalah kosmos / cosmos yang
bermaksud tertib, harmoni, peraturan dan perhiasan.
iii. Kosmos
juga bermaksud satu sistem yang tersusun secara harmoni dan istilah kosmos
dalam islam meliputi makhluk rohaniah yang tidak dapat dikaji menerusi
pengajian saintifik dan emrprikal.
iv. Ilmu
kosmos atau kosmologi lahir kerana membicarakan tentang
asal-usul alam, struktur atau perlembagaan alam, penciptaan dan kesudahan alam
serta matlamat penciptaan alam.
v. Ilmu
kosmologi dalam Islam adalah mengaitkan alam dengan Penciptanya.
vi. Dalam
Al-Quran pula, alam tabi’i meliputi seluruh langit dan isi kandungannya
serta penghuninya, bumi dan seluruh isi kandungannya serta penghuninya dan juga
segala apa yang berada antara di langit dan bumi.
vii. Firman
Allah SWT dalam Surah Al-Fussilat ayat 53:
Terjemahan ayat :
“Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan
Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri
mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah
benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi
mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?”
viii. Daripada
ayat tersebut, Allah telah memperlihatkan kepada hamba-hamba-Nya di segenap
dan pelusuk penjuru kehidupan ini dan satu daripadanya ialah
melalui pengkajian-pengkajian sains, supaya menjadi jelas kepada manusia bahawa
al-Quran itu adalah satu kebenaran.
ix. Penemuan-penemuan
sains yang telah disentuh oleh Al-Quran ratusan tahun sebelumnya akan
menjelaskan kepada manusia pada zaman ini dan pada zaman akan datang bahawa
Al-Quran itu adalah satu kebenaran yang mutlak.
b. Fenomena alam tabi’i dalam al-Quran
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
Fakta Al-Quran mengenai kejadian alam
a. Alam ini diciptakan
oleh yang menciptkana dan bukan terjadinya dengan sendiri.
|
1) Firman Allah SWT dalam Surah
Al-Baqarah ayat 11
Terjemahan:
“Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi (dengan
segala keindahannya); dan apabila Ia berkehendak (untuk menjadikan) suatu,
maka Ia hanya berfirman kepadanya: "Jadilah engkau!" Lalu
menjadilah ia” (Surah
al-Baqarah : 117)
2) Surah Al-Furqan ayat 59
Terjemahan:
“Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala
yang ada di antara keduanya, dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas
Arasy, Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka bertanyalah akan hal
itu kepada Yang Mengetahuinya”.
3) Surah Nuh ayat 15 – 16
Terjemahan :
"Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana
Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat, "Dan Ia
menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai
lampu (yang terang-benderang)”.
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
b. Alam diciptakan secara
berpasang-pasangan
|
i. Allah
memberitahu bahawa Dia telah mencipta semua kehidupan di alam semesta ini
secara berpasang-pasangan, baik dari alam, tumbuh-tumbuhan, manusia, haiwan,
hidupan seni dan lain-lain makhluk yang kita tidak ketahuinya.
ii. Penemuan
sains yang terbaru menunjukkan bahan-bahan (unsur-unsur) yang amat seni
mempunyai pasangan umpamanya sel.
iii. Sel
kulit tetap akan menjadi kulit dan sel daging akan menjadi daging.
iv. Kod
tersebut terdapat dalam molekul Deoxyribo – nucleic – asid (DNA).
1) Firman Allah dalam Surah ar-Ra’d
ayat 3:
Terjemahan :
“Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang
luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta
sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir”.
2) Surah Az-Zukhruf ayat 12 :
Terjemahan :
“Dan (Dia lah) yang menciptakan sekalian makhluk yang
berbagai jenisnya; dan Ia mengadakan bagi kamu kapal-kapal dan binatang
ternak yang kamu dapat mengenderainya”
3) Surah An-Naba’ ayat 8 :
Terjemahan :
“Dan Kami telah menciptakan kamu berpasang-pasang?”
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
c. Peredaran planet bumi
dalam orbitnya mengelillingi matahari.
|
i. Menunjukkan
bahawa alam ini dan seluruh isinya bergerak dalam paksinya mengikut yang
telah ditetapkan oleh Allah SWT.
ii. Sebenanrnya,
gunung-gunung juga bergerak, sedangkan kita sebenarnya tidak mengetahuinya
kerana ia tidak bergerak seperti geraknya awan.
iii. Menurut
fakta sains, planet Bumi ini berpusing atas paksinya satu pusingan dalam masa
24 jam dan dalam pada masa yang sama planet bumi bergerak menurut orbit
berpusing mengelilingi matahari.
iv. Tiap-tiap
satu pusingan orbitnya, Bumi mengambil masa lebih kurang 365 hari dan 6 jam
dan bergerak sejauh 585 juta batu iaitu beredar lebih kurang 18.5 batu sesaat
atau 66,600 batu sejam.
v. Merupakan
30 kali ganda lebih pantas dari kelajuan pergerakan peluru.
vi. Banyak
ayat al-Quran menerangkan mengenai peredaran alam ini antaranya :
1) Firman Allah dalam an-Naml ayat
88 :
Terjemahannya :
“Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya
tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan;
(demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan
serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat Mendalam Pengetahuan-Nya
akan apa yang kamu lakukan”.
2) Firman Allah dalam surah
Al-Anbiya’ ayat 33 menjelaskan mengenai peredaran matahari dan bulan :
Terjemahannya :
“Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan
siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di
tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas)”.
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
3) Firman Allah dalam
surah Yaasin ayat 38 menjelaskan juga mengenai peredaran alam ini.
Terjemahannya :
“Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut
ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu
adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui;”
|
|
d. Penciptaan
langit/
|
i. Allah
telah menciptakan langit dan meninggikannya da juga telah menyempurnakan
penciptaan-Nya daripada unsur-unsur dukhan (asap).
ii. Juzuk-juzuk
yang terdiri daripada jirim dukhan telah menjadikannya kuat
dan kukuh.
iii. Kemudian
langit itu dijadikan berlapis-lapis dan daripada unsur dukhan itu
terbentuknya bintang dan planet.
Firman Allah dalam surah Fussilat ayat 11 :
Terjemahannya : “Kemudian Ia
menunjukkan kehendak-Nya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih
berupa asap; lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu
berdua akan perintahKu, sama ada dengan sukarela atau dengan paksa!"
Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dengan
sukarela"
Al-Quran juga turut menggambarkan kepada kita
keadaan langit yang membuktikan tentang peristiwa Ira’ dan Mikraj Nabi
Muhammad SAW merentasi langit melalui pintu-pintu yang dijaga oleh para
malaikat menggambarkan alam ini mempunyai tutupan lahiriah yang bersifat
pepejal.
Firman Allah dalam Surah Al-Qaf ayat 6
menjelaskan peristiwa ini yang bermaksud :
“Maka apakah mereka tidak melihat akan
langit yang ada di atas mereka, bagaimana Kami meninggikannya dan
menghiasainya dan langit itu tidak mempunyai retak-retak sedikit pun”.
Selain itu, terdapat juga ayat-ayat yang
menggambarkan keadaan pencairan yang berlaku kepada langit apabila suhu
meningkat terlalu tinggi iaitu dalam surah al-Maarij ayat 8 yang bermaksud :
|
“ Pada hari ketika langit seperti luluhan
perak”.
|
|
e. Kejadian
dan proses terjadinya awan
|
i. Awan
memainkan peranan penting dalam proses kejadian air hujan kerana awan menjadi
penyebab kepada satu proseskondensasi (proses gas air berubah
menjadi cecair).
ii. Kondensasi
hanya boleh berlaku pada permukaaan butir-butir debu, garam dan lainnya.
iii. Firman
Allah dalam surah an-Nur ayat 43 yang bermaksud:
“Tidakkah kamu melihat bahawa Allah
mengarakkan awan, kemudian mengumpulkan antaranya kemudian Dia menjadikannya
bertindih-tindih, maka kamu kan melihat hujan keluar dari celah-celahnya dan
Allah juga menurunkan air dari langit iaitu dari gumpalan-gumpalan awan
seperti gunung-gunung”.
|
f. Menjelaskan
mengenai wujudnya kejadian siang dan malam dalam Al-Quran
|
i.
Kejadian siang dan malam telah
diterangkan dalam Al-Quran.
ii.Dari
pandangan mata kasar, boleh dikatakan siang akan mendahului malam atau malam
akan mendahului siang tetapi dalam al-Quran menyatakan siang bukan mendahului
malam dan malam juga tidak mendahului siang.
iii. Bukti
dijelaskan dalam Al-Quran antaranya :
1) Dalam surah Yunus
ayat 6:
Terjemahannya :
“Sesungguhnya orang-orang yang tidak
menaruh ingatan akan menemui Kami (pada hari akhirat untuk menerima balasan),
dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa
tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat
(keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami”.
2) Firman Allah dalam
Surah Az-Zumar ayat 5 :
Terjemahannya :
“Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada
faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang
(dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya);
dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, - tiap-tiap
satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah!
Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.”
|
g. Menjelaskan
berlakunya fenomena hujan.
|
i. Menjelaskan
serta menreangkan penurunan hujan dari langit dan diturunkan dengan kadar
yang tertentu.
1) Surah al-Baqarah
ayat 164 :
Terjemahan :
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan
bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang
belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia;
demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah
hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan
padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran
angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara
langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang
membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya, dan keluasan
rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”
2) Surah az-Zukhruf
ayat 11 :
Terjemahan: “Dan (Dia lah) yang
menurunkan hujan dari menurut sukatan yang tertentu, lalu Kami hidupkan
dengan hujan itu negeri yang kering tandus tanahnya. Sedemikian itulah pula
kamu akan dikeluarkan (hidup semula dari kubur).”
|
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
h. Kejadian matahari dan fakta mengenai
matahari
|
i. Matahari
adalah sebuah bintang yang jaraknya dengan bumi lebih kurang 148.8 juta
kilometer denan diameternya 1.4 juta kilometer.
ii. Matahari
adalah sebuah bintang yang sederhana dan mengeluarkan tenaga dalam bentuk
haba dan cahaya.
iii. Penghasilan
tenaga ini disebabkan berlakunya perlanggarannucleus hydrogen antara
satu sama lain.
iv. Proses
ini menyebabkan lahirnya beberapa lapisan matahari, iaitukoroma,
kromosfera dan fotosfera.
v. Koroma merupakan
lapisan matahari yang paling luar mengandungi gas panas suhunya dianggarkan
22 juta darjah celcius.
vi. Lapisan kromosfera pula
terletak di bawah koroma. Pada bahagian ini berlaku letupan
gas panas yang memancutkan hidrogen panas sehingga 10, 000 km.
vii. Manakala fotosfera mempunyai
suhu purata sehingga 6000 darjah.
viii. Matahari
berputar pada paksinya mengambil masa kira-kira 25 hari untuk melengkapi satu
pusingan.
ix. Pergerakan
kedua ialah beredar mengelilingi galaksi selaju 786,000 kilometer sejam
dengan mengambil masa 225 juta tahun untk satu revolusi.
x. Ayat
al-Quran mengenai matahari adalah dalam surah al-Anbiya’ ayat 33:
xi. Terjemahan
: “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta
matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran
masing-masing (di angkasa lepas)”.
xii. Matahari
juga merupakan satu jisim haba dan cahaya seperti mana yang digambarkan dalam
Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud :
xiii. “Dialah
yang menjadikan matahari bersinar (nur), bulan bercahaya (Dhiya’) dan
menerbitkan orbit (manzilah). (Surah Yunus : 5)
|
2) Menjelaskan fakta-fakta tentang
kejadian manusia dan proses kejadian manusia.
i. Dalam
Bahasa Arab, manusia disebut al-basyar dan perkataan yang sama
erti dengannya adalah an-nas, al-insan dan dalam bahasa Melayu
disebut sebagai pelupa.
ii. Al-Quran
menerangkan berkenaan ciptaan manusia dengan jelas dalam beberapa surah.
Antaranya firman Allah dalam surah at-Tiin :
a. Terjemahannya: “Sesungguhnya
Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”.
(
Surah at-Tiin : 4)
iii. Malaikat
telah sujud kepada Nabi Adam a.s setelah dicipta oleh Allah swt sebagai satu
tanda penghormatan yang agung. Adam a.s bukanlah makhluk ‘Homo
Eretus’ seperti yang dikatakan oleh Teori Darwin. Jika Adam a.s
adalah makhluk Homo Eretus’ sudah tentu Allah tidak
melantiknya sebagai khalifah Allah. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 30
yang bermaksud :
a. “ Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini”.
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
||
a. Mengenai
penciptaan dan kejadian Adam a.s
|
Ø Allah menjelaskan kejadian dan
rupa bentuk Adam adalah sebaik-baik kejadian.
Ø Bukanlah berkembang dari satu
bentuk kepada bentuk yang lain mengikut perederan masa seperti dakwaan salah
oleh Darwin.
Ø Nabi Adam a.s diciptakan dari
tanah.
Ø Al-Quran menjelaskan dan
menggunakan beberapa istilah tentang kejadian manusia antaranya
1) Air (al-ma’) seperti
dalam al-Quran srah al-Furqan ayat 54.
2) Daripada tanah / debu (al-Turab) seperti
dalam al-Quran surah Ali Imran ayat 59, al-Hajj ayat 5 dan Surah Fathir ayat
11.
3) Pati tanah (at-Tiin) seperti
dalam Al-Quran surah Ali Imran ayat 49, surah al-A’araf ayat 12, Surah
al-Isra’ ayat 61 dan Surah al-Mukminun ayat 11.
4) Tanah liat dansebati (tin
lazib) seperti dalam al-Quran surah al-Safaat ayat 11.
5) Tanah yang keras seperti
tembikar (shahshal) seperti dalam al-Quran surah al-Hijj
ayat 26, 28 dan 29, Surah al-Rahman ayat 14.
6) Tanah bumi (al-ardh) seperti
dalam al-Quran surah an-Najm ayat 32.
Ø Allah telah melantik Adam sebagai
khlaifah di muka bumi dan telah mengajar Adam a.s nama-nama benda seluruhnya
seperti yang telah dijelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 31.
|
||
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
||
b. Mengenai penciptaan hawa
|
Ø Al-Quran menceritakan penciptaan Hawa melalui
surah an-Nisa’ ayat 1 yang bermaksud:
“Hai sekalian manusia , bertaqwalah kepada tuhan-Mu
yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan daripadanya Allah
menciptakan isterinya dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan
lelaki dan perempuan yang banyak….”
|
||
c. Penciptaan zuriat Adam
|
Ø Al-Quran menggunakan beberapa istilah
mengenai penciptaan zuriat Adam (kecuali Isa bin Maryam) antaranya :
1) Menciptakan kamu secara
berperingkat-peringkat seperti dalam Al-Quran surah Nuh ayat 14.
2) Zuriat daripada pati air yang
hina (ma’mahin) seperti dalam al-Quran surah as-Sajadah ayat
8 dan surah al-Mursalat ayat 20.
3) Daripada titisan air yang kotor
iaitu air mani (nutfah) seperti yang dijelaskan dalam
al-Quran surah an-Najm ayat 46 dan surah al-Qiamah ayat 37.
4) Menciptakan kamu dalam perut ibu
kamu dalam tiga kegelapan (fi zulumat thalathah) seperti
yang dijelaskan dalam surah az-Zumar ayat 6.
5) Janin dalam perut ibu (fi
butun ummuhat) seperti yang diterangkan dalam surah an-Najm ayat 32.
Ø Manusia biasa diciptakan melalui proses
tertentu yang memerlukan percantuman mani dalam rahim wanita seperti yang
dijelaskan dalam surah al-Qiamah ayat 37 hingga 40 yang bermaksud :
“Kemudian mani itu menjadi segumpal darah, lalu Allah
menciptakannya dan menyempurnakannya. Lalu Allah menjadikan daripadanya
sepasang, lelaki dan perempuan. Bukankah Allah yang berbuat demikian berkuasa
pula menghidupkan orang mati”.
|
||
d. Peringkat kejadian manusia dalam
al-Quran
|
1) Nutfah (Air mani)
Ø Peringkat pertama bermula selepas
persenyawaan – berlaku pada minggu pertama dan bermula selepas percantuman
antara air mani lelaki dan perempuan.
Ø Nutfah disebut sebanyak 12 kali
dan perkataan air mani disebut dalam al-Quran sebanyak 13 kali.
Ø Antara ayat al-Qurannya adalah dalam
surah al-Insan ayat 2:
|
||
Bukti Dalam Al-Quran
|
Fakta Dalam Al-Quran
|
Terjemahan : “Sesungguhnya Kami telah aturkan cara
mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih
lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan);
oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.”
Ø Selain itu, dalam surah an-Najm ayat 46 – 47
menjelaskan mengenainya yang bermaksud :
“Dan bahawa sanyalah Dialah yang menciptakan
berpasang-pasangan lelaki dan perempuan, dari air mani apabila dipancarkan”.
2) ‘Alaqah
Ø Perkataan bahasa ‘Arab yang bermaksud ‘sesuatu
yang tergantung, melekat atau bergantung’ kepada sesuatu yang lain.
Ø Mempunyai maksud perkataan lain iaitu ‘suatu
buku atau ketulan darah’.
Ø Perkataan ‘alaqah disebutkan
dalam al-Quran sebanyak lima kali iaitu dalam surah al-Hajj ayat 5, surah
al-Qiyamah ayat 37 – 40, surah al-Mu’min ayat 67 dan surah al-‘Alaq ayat 1
-3.
Ø Peringkat ini terbentuk pada hujung minggu
pertama atau pada hari ketujuh dan telur yang disenyawakan ini akan tertanam
di dinding (qarar makin).
3) Mudghah
Ø Terjadi pada minggu ke-4. Dalam al-Quran
menyebutkan ada dua mudghah iaitu mudghah mukhallaqah (sempurna)
dan mudghah ghair mukhallaqah (tidak sempurna).
Ø Peringkat ini terbentuknya otak, saraf
tunjang, telinga, dan anggota-anggota lain.
Ø Jantung juga sudah mula berdegup dan darah
sudah mula mengalir lebih banyak ke jantung bagi membekalkan oksigen
dan pemakanan yang secukupnya.
4) Nasyatan Khalqan Akhar
Ø Berlakunya pada akhir minggu ke-8.
Ø Perubahan berlaku iaitu pertukaran embrio
kepada janin.
Ø Semua tulang janin telah terbentuk dengan
sempurna. Pada bukan ke-4, pembentukan uri menjadi lengkap menyebabkan baki
pranatal bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang
telah wujud.
5) Nufkh ar-Ruh
Ø Proses peniupan roh berlaku selepas 40 hari
dan selepas terbentuknya organ seks.
|
No comments:
Post a Comment